Sunday, 9 August 2015

SISTEM KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

Latar Belakang
Bagi memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara berterusan pihak Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme iaitu Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP). Selepas dua pelaksanaannya berlaku penambahbaikan pada STKP. Kini, STKP dikenali sebagai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pelaksanaan standard ini memberi peruntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an adequate standard of teaching is developedand maintain in educational institutions).Pelaksanaan SKPM – Sekolah diperincikan dalam tiga dokumen iaitu:

  • SKPM 1 : Pernyataan Standard (PS)
  • SKPM 2 :Instrumen Pemastian Standard (IPS)
  • SKPM 3 :Rancangan Pemajuan Sekolah
 

Prinsip - Prinsip SKPM
SKPM–Sekolah diolah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
  • Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya.
  • Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan.
  • Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.
  • Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus berdasarkan teori dan amalan pengurusan berkesan.
  • Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pembelajaran berkesan dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.
  • Perancangan dan proses membuat keputusan program-program pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.
  • Program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian dan Pejabat Pelajaran Daerah merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.
  • Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan.

No comments:

Post a Comment